Tag Archives: mbsb

Syarat tambahan pinjaman bank

Bank Negara mahu elak hutang isi rumah berlebihan, berkuat kuasa serta-merta

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

Langkah yang berkuat kuasa serta-merta itu, membabitkan pinjaman oleh semua institusi kewangan yang dikawal selia Bank Negara serta koperasi kredit di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Malaysia Building Society Bhd dan AEON Credit Service (M) Bhd.

Syarat berkenaan ialah mengenakan tempoh maksimum 10 tahun bagi pembiayaan peribadi, maksimum 35 tahun pembiayaan hartanah kediaman dan bukan kediaman serta mengharamkan tawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan lebih awal.

Dalam satu kenyataan diumumkan semalam, Bank Negara menyatakan syarat tambahan itu bagi melengkapkan langkah yang dilaksanakan sejak 2010, bertujuan menggalakkan sektor isi rumah yang kukuh dan mapan.

Langkah itu dikuatkuasakan melalui seksyen 31(1)(a) Akta Bank Pusat Malaysia 2009. Bagaimanapun, had tempoh pembiayaan tidak membabitkan permohonan yang dibuat sebelum semalam.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam taklimat media berkata, meskipun paras hutang isu rumah sekarang disokong oleh persekitaran pekerjaan dan pendapatan yang positif, namun sejak kebelakangan ini semakin banyak pemberi kredit menawarkan produk kewangan yang tidak memberi manfaat jangka panjang kepada pengguna.

“Ini termasuk melanjutkan tempoh pembiayaan sehingga 45 tahun bagi pinjaman rumah dan 25 tahun bagi pinjaman peribadi. Walaupun ini akan mengurangkan bayaran balik bulanan, namun dalam jangka panjang, ia meningkatkan beban keseluruhan isi rumah.
Galak kumpul hutang

“Amalan itu akan menggalakkan pengumpulan hutang berlebihan dan meningkatkan kerapuhan sektor kewangan negara,” katanya.

Zeti berkata, hutang isi rumah berbanding Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat purata 12 peratus setahun sejak lima tahun lalu dan berada pada paras 82.9 peratus setakat akhir Mac lalu.

Katanya, pertumbuhan itu tidak selaras dengan peningkatan pendapatan yang dicerminkan oleh pertumbuhan KDNK, iaitu antara empat hingga enam peratus.

Amal khidmat berhemah

Sebagai tambahan kepada langkah itu, beliau berkata, penyedia kredit utama perlu mengamalkan nisbah perkhidmatan hutang berhemah dalam penilaian kredit masing-masing bagi memastikan isi rumah mempunyai lebihan kewangan mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan perkara lain yang tidak dijangka.

 

Sumber Berita Harian

Syarat baru permohonan pinjaman MBSB

SURAT PENGESAHAN JAWATAN

Bermula 24 jun 2013 , setiap kes yang dihantar MESTI disertakan Surat Pengesahan Majikan berkepala surat rasmi Jabatan masing masing

Buat masa sekarang ini syarat di atas tertakluk utk kes AG- State sahaja ( pakej utk staf kerajaan negeri)

SECURITY DEPOSIT
Security deposit akan dipotong utk 3 bulan bagi setiap permohonan fresh loan ( pinjaman baru)

REDEMPTION

bagi pakej AG – state . Sekiranya permohonan yang melibatkan overlapse di dalam slip gaji , permohonan akan dimasukkan ke pakej potongan biro angkasa.

MBSB Restricted Company

Berkuatkuasa 21 June 2013 , senarai di bawah tidak dibenarkan membuat permohonan pembiayaan peribadi MBSB atas sebab late payment dari majikan.

  • UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
  • UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
  • UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
  • JABATAN KERJA RAYA (JKR)
  • UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)
  • INSTITUT KEMAHIRAN IKTISAS PAHANG (IKIP)
  • PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYSIA (PPUM)
  • PEJABAT DAERAH  &  TANAH
  • YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA ( YADIM)
  • SYARIKAT AIR NEGERI SEMBILAN
  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  • PEJABAT KESIHATAN DAERAH BENTONG
  • SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT
  • PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG
  • SYARIKAT AIR JOHOR
  • LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI KUALA LUMPUR
  • BANK PERTANIAN
  • UNIVERSITI UTARA MALAYSIA ( UUM)
  • INSTITUT DARUL RIDZUAN
  • LEMBAGA KOKO MALAYSIA

 

Pakej Newyear MBSB 3.99%

Berita baik , pakej MBSB 2013 NEW YEAR 3.99% dilanjutkan sehingga ke hujung tahun 2013 ini

BERKUATKUASA SERTA MERTA

utk pengesahan akaun bank , pemohon mestilah memberi salinan muka depan buku bank ataupun surat dari bank, sebarang third party ataupun print online tidak dibenarkan

HARAP MAKLUM

 

Jadual MBSB 3.99% 2013

Jadual utk pakej new year MBSB 2013 boleh dilihat di sini

 

PAKEJ MBSB NEW YEAR 2013

AMAUN PINJAMAN :

RM3K TO RM250 000
TEMPOH PINJAMAN : 6 THN TO 25 THN
KADAR FAEDAH

: 3.99% FLAT RATE(WITH BANCA),
4.20% FLAT RATE (WITHOUT BANCA) (jadual akan menyusul)

KRITERIA

: GAJI MINIMA RM700.00
: KELAYAKKAN MAXIMA 70%
: TERBUKA KEPADA KERAJAAN,BDN BERKANUN DAN GLC TERPILIH
: TIDAK DIBERNARKAN OVERLAP LOAN MBSB SEDIA ADA
: 2ND ACCT DIBENARKAN JIKA BUKAN DARI PAKEJ WASLAH & MAX-I
: FRESH LOAN DIBENARKAN

POTONGAN

: PROCESSING FEE 3%,SECURITY DEPOSIT 1 BULAN
: INSURANCE WAJIB, TK, ARB, BANCA (JIKA BERKAITAN)
TEMPOH PROMOSI : SEHINGGA 28 FEBRUARI 2013 ATAU SEHINGGA PAKEJ X-CHANGE 2 KELUAR