Tag Archives: biro angkasa

Potongan Biro Angkasa Bagi Pinjaman Koperasi

Kebiasaan potongan biro angkasa akan bermula pada bulan ketiga setelah anda menerima wang pembiayaan anda. Dan ada sesetengah koperasi jugak akan terus memotong deposit awal untuk satu pinjaman. Ada sesetengah hanya mengambil 1 bulan deposit , dan ada sesetengah akan mengambil 2 bulan deposit terus.

Kekadang ada terjadi bank akan menelefon pelanggan kerana lambat bayar, tetapi pelanggan tidak perlu risau kerana mungkin terdapat kelambatan dari segi proses pemotongan antara koperasi dengan biro angkasa, inilah sebabnya ada sesetengah koperasi akan terus mengenakan deposit 2 bulan sekaligus semasa awal membuat pinjaman.

Bagi pemohon yang berstatus kontrak dan masih belum ada potongan biro angkasa di dalam payslip, anda dikehendaki mencetak penyata KWSP terkini untuk urusan pendaftaran biro angkasa.