Tag Archives: 3.99%

Berita baik! Perlanjutan pakej Xchange-i 3.99%

Utk makluman , oleh kerana sambutan amat menggalakkan,  pakej xchange-i 3.99% DILANJUTKAN sehingga hujung tahun 2012

Kadar minima utk membolehkan pelanggan menikmati pakej xchange-i adalah dengan membuat overlapse mana mana pinjaman sedia ada diturunkan ke RM 20 000.

Berkenaan promosi 3.99% Xchange-i MBSB

Kebelakangan ini terdapat banyak aduan dari pemohon susah untuk mendapatkan penyata dari bank bank ,  bukan sahaja pihak bank bersikap tidak mesra pelanggan , mereka juga cuba mempengaruhi bakal pemohon dengan pelbagai alasan supaya pemohon tidak membuat penjelasan awal di tempat mereka , mereka menunjukkan sikap  TIDAK PROFESIONAL mereka sehingga ada sesetengah bank sanggup membuat helaian khas bagi memburukkan MBSB. Dengan tingkah laku persaingan yang tidak sihat begini sebenarnya memberi impak yang buruk kepada mereka.

Di sini saya ada sertakan beberapa jawapan utk tohmahan selalu dilemparkan oleh mereka mereka yang bernama Bank toooooooot

 

3.99% kadar keuntungan adalah tidak tulus kerana perlu menjelaskan baki pembiayaan bank lain?

Jawapan:

X-Change I adalah satu program pembiayaan peribadi yang berkonsepkan ‘balance transfer’. Ini adalah strategi pemasaran yang terkini yang diguna pakai oleh semua bank termasuk bank islam menerusi pembiayaan kad kredit. Konsep yang sama di guna pakai oleh MBSB untuk memudahkan pelanggan membuat bayaran melalui satu pembiaya kredit sahaja. Pada masa yang sama kita telah membantu pelanggan dari membayar bayaran bulanan yang tinggi dan ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna pelanggan.

 

Perlindungan insuran untuk 9 tahun, kalau peminjam meninggal dunia siapa yang akan menanggung beban hutang, adakah pewaris?

 

Jawapan:

Perlindungan Takaful untuk pembiayaan peribadi MBSB adalah merangkumi keseluruhan tempoh pembayaran oleh itu jika di takdirkan peminjam meninggal dunia pada bila bila masa dalam tempoh pembiayaan, hutang peminjam dikira langsai dan pewaris tidak perlu menanggung hutang tersebut.

 

Ansuran bulanan meningkat mulai bulan ke-61?

 

Jawapan:

a) Untuk pakej 3.99% (X-Change-i) tidak akan berlaku peningkatan ansuran bulanan

b) Pakej Max-I memberikan pelanggan had pembiayaan sehingga 65% (bergantung kepada keperluan pelanggan saperti memerlukan bantuan kewangan untuk Majlis Perkahwinan, Pembiayaan Perubatan, Menanggung kos melanjutkan pelajaran atau lain lain keperluan kewangan)Tidak seperti bank bank lain, MBSB meringankan beban ansuran bulanan pemohon selama 5 tahun dan pemohon hanya akan membayar ansuran yang seterusnya pada bulan 61 dengan peningkatan ansuran yang tidak membebankan. Semua syarat syarat pakej pembiayaan adalah telus dan pemohon boleh memilih pakej yang bersesuaian bergantung kepada keperluan masing masing.

 

 

Tempoh pegangan 5 tahun dan penjelasan awal dikenakan denda 5% dari baki pinjaman??

 

Jawapan:

Mana-mana institusi perbankan dan kewangan akan mengikat pelanggan mereka melalui kaedah yang sama. Kaedah ini bukan untuk menyusahkan pelanggan tetapi untuk meminta sedikit komitmen dari pelanggan melalui bantuan kewangan yang telah diberikan. 5 tahun adalah tempoh pegangan yang telah ditetapkan tetapi kami masih memberi kelonggaran dengan menghapuskan kesemua caj penalti 5% sekiranya pelanggan membuat pembiayaan semula dengan MBSB sebelum tempoh matang 5 tahun tersebut. Rekod baik MBSB yang menawarkan kadar keuntungan yang setara atau lebih baik dari institusi kewangan yang lain, maka tidak menjadi persoalan sekiranya pelanggan tidak dapat membuat pilihan lain selepas menjadi pelanggan MBSB kerana MBSB lebih tahu apa yang terbaik untuk pelanggan kami.